Monday, September 26, 2011

Dakwah Kepada 'Laa Ilaaha Illallaah'


Kuliah Maghrib: KitabTauhid Karya Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab
Bertempat di: Masjid Nurul Aman, Kg. Cenderamata 2 Likas
Disampaikan oleh Ustaz Abdul Wahab Bustami
Tarikh: 14hb Sept 2011


Tuesday, July 26, 2011

Puasa Ramadhan (Bhgn 1)


Kuliah Maghrib: Kajian Kitab Sifat Shaum (Puasa) Nabi Karya Syeikh Ali Hasan Abdul Hamid Al-Halabi dan Syeikh Salim 'Aid Al-Hilali
Disampaikan oleh: Ustaz Abdul Wahab Bustami
Tempat: Masjid Nurul Aman Kampung Cenderamata Dua, Likas
Tarikh: 20hb Julai 2011


Sunday, June 12, 2011

Syarah Kasyfus Syubhat: Macam-Macam Ibadah



Kuliah Akidah: Kajian Kitab Syarah Kasyfus Syubhat
Disampaikan oleh: Ustaz Abdul Wahab Bustami
Tempat: Masjid Nurul Huda Kampung Gentisan
Tarikh: 16hb Mei 2011

Sunday, May 15, 2011

Kedudukan Bahasa Arab Dalam Islam Dan Sejarahnya

Disampaikan oleh: Al-Ustaz Abdul Wahab bin Bustami Al-Banjari

الحمد لله والصلاة والسلام على من لا نبي من بعده

Amma Ba´ad,

Pada kesempatan ini kita akan menyatakan tentang kedudukan bahasa Arab, yang mana Allah Subhanahu wa Ta´ala telah memilih nabi kita Muhammad Shallallahu ´Alaihi Wasallam sebagai Nabi dan RasulNya yang diutus kepada sekalian manusia. Dan Allah memilih baginda dari suku Quraisy yang merupakan Asyraf Fadhoilil ´Arab (yakni) kabilah yang paling mulia dikalangan bangsa Arab. Dan Allah telah menurunkan ke atas nabi kita sebuah kitab berbahasa Arab Mubiinan (yang jelas). Allah Subhanahu wa Ta´ala berfirman:

وَإِنَّهُ لَتَنْزِيلُ رَبِّ الْعَالَمِينَ. نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الأمِينُ. عَلَى قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنْذِرِينَ. بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُبِين

"Sesungguhnya Allah telah menurunkan (yakni kitab Al-Quran) melalui malaikat Jibril, ke dalam hatimu agar engkau termasuk orang-orang yang memberikan peringatan, dengan bahasa arab yang jelas." (Asy-Syu´ara`: 192-195)

Dalam ayat yang lain Allah Ta´ala berfirman:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

"Sesungguhnya kami telah menurunkan (yakni kepada Nabi Muhammad) kitab Al-Quran dalam bahasa arab mudah-mudahan kamu memikirkan." (Yusuf: 2)

Kemudian daripada Watsil Ibnul Asqa` Radhiallahu´anhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullahi Shallallahu ´Alaihi Wasallam pernah bersabda:

إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى كِنَانَةَ مِنْ وَلَدِ إِسْمَعِيلَ وَاصْطَفَى قُرَيْشًا مِنْ كِنَانَةَ وَاصْطَفَى مِنْ قُرَيْشٍ بَنِي هَاشِمٍ وَاصْطَفَانِي مِنْ بَنِي هَاشِمٍ

"Sesungguhnya Allah telah memilihnya (kinanah) daripada anak Ismail, dan Allah memilih suku Quraisy daripada suku Kinanah, dan Allah memilih daripada Quraisy itu Bani Hasyim, dan Allah telah memilihku dari kalangan Bani Hasyim." (HR. Muslim; Silsilah Ahadis As-Sahihah, no: 302)

Ini merupakan bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta´ala mengutus Nabi kita  dan kitabNya dikalangan orang Arab dan bertutur dalam bahasa Arab. Dan sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta´ala telah mengkabulkan dakwah (memperkenankan dakwah baginda Shallallahu ´Alaihi Wasallam) dikalangan para pemimpin golongan Arab dan bukan Arab (seperti) Abu Bakar As-Siddiq, Umar Ibnul Khattab, Usman bin Affan, Bilal bin Abi Rabah, Suhaif Ar-Rumi, Salman Al-Farisi Radhiallahu ´Anhum. Dan mereka telah pun berlumba-lumba untuk mengimani Al-Quran, menzahirkan Al-Quran, mentadabburi dan memahami makna-maknanya dan rahsia-rahsianya serta mereka mengamalkan dengan hukum-hakamnya.

Dan bahasa Arab ini begitu terkait dengan agama Islam semenjak generasi awal kaum muslimin, dan bahasa Arab ini telah kukuh di dalam pemikiran mereka. Dan bahawasanya kedua-duanya (iaitu Islam dan bahasa Arab) adalah dua perkara yang sangat berkait rapat dan tidak mungkin untuk dipisahkan di antara satu sama lain. Bahasa Arab merupakan syiar Islam, wa ahluhu (dan orang Islam) serta ia merupakan bahasa Al-Quran.

Diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Abi Syaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Isa Ibnu Yunus dari Thar dari Umar bin Yazid, dia telah berkata, Umar pernah menulis kepada Abu Musa Al-Asy'ari Radhiallahu 'Anhu (dalam suratnya itu dia menyatakan):

أما بعد، فتفقهوا في السنة وتفقهوا في العربية وأعربوا القرآن فإنه عربي

"Amma Ba'adu, maka hendaklah kamu memahami akan sunnah (mempelajari sunnah), dan hendaklah kamu memahami pada bahasa Arab, dan hendaklah kamu berbahasa Al-Quran -yakni kamu hendaklah fasih mengetahui tentang Al-Quran- (maksudnya bahasanya), sesungguhnya ia adalah bahasa Arab." (Musannaf Ibnu Abi Syaibah, Tahqiq Muhammad 'Awamah, no: 30534)

Di dalam hadis yang lain daripada Umar Radhiallahu 'Anhu dia berkata:

تعلموا العربية فإنها من دينكم وتعلموا الفرائض فإنها من دينكم 

"Pelajarilah oleh kamu akan bahasa Arab, sesungguhnya ia adalah daripada agama kamu. Dan pelajarilah ilmu faraid sesungguhnya ia adalah daripada agama kamu."(Diriwayatkan di dalam Sunan Ad-Darimi, Mauquf kepada Umar Radhiallahu 'Anhu, no: 2850 dan 2581)

Al-Imam Syafi'i Rahimahullah pun pernah menyatakan:

فعلى كل مسلم أن يتعلم من لسان العرب ما بلغه جهده حتى يشهد به أن لا إله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله ويتلوا به كتاب الله وينطق بالذكر فيما افترض عليه من التكبير
وأمر به من التسبيح والتشهد وغير ذلك وما ازداد من العلك باللسان الذي جعل الله لسان من ختم به نبوته وأنزل به آخر كتبه كان خيرا له 

"Setiap orang Islam hendaklah mempelajari lisan Arab (bahasa Arab) iaitu perkara-perkara yang boleh menyampaikan usahanya itu sehingga dia dapat bersaksi dengan kalimah Laa iLaaha IllaLlah dan Muhammad adalah hambanya dan utusannya. Dan sehingga dengannya dia dapat membaca kitabullah (Al-Quran), dan dengan bahasa itu juga dia dapat menuturkan dengan zikir, perkara-perkara yang difardukan ke atasnya berupa takbir, dan perkara-perkara yang diperintahkan berupa tasbih, tasyahud, dan yang lainnya dan juga perkara-perkara yang menambahkan ilmu dengan bahasa Arab itu yang mana Allah menjadikan bahasa itu di atas lisan nabi yang terakhir dan diturunkan kepada akhir kitab maka ia adalah baik baginya (yakni maknanya orang yang mempelajarinya adalah dengan tujuan-tujuan tersebut)." (Ar-Risalah, Imam Asy-Syafi'i, no: 167)

Kemudian kita lihat beberapa pernyataan para ulama sepertimana yang dinyatakan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah Rahimahullah di dalam kitabnya "Iqtida' As-Sirat Al-Mustaqim" dia menyatakan:

ولهذا كان المسلمون المتقدمون لما سكنوا أرض الشام ومصر ولغة أهلهما رومية وارض العراق وخراسان ولغة أهلهما فارسية وأهل المغرب ولغة أهلها بربرية عودوا أهل هذه البلاد العربية حتى غلبت على أهل هذه الأمصار مسلمهم وكافرهم وهكذا كانت خراسان قديما ثم إنهم تساهلوا في أمر اللغة واعتادوا الخطاب بالفارسية حتى غلبت عليهم وصارت العربية مهجورة عند كثير منهم 

"Kaum muslimin terdahulu ketika mana mereka tinggal di bumi Syam, Mesir, sedangkan ketika itu bahasa penduduknya adalah Rumiyah (Rom), dan ketika mereka juga duduk di negara Iraq dan Khurasan, ketika itu bahasa penduduknya adalah Farisiyah (Parsi), dan juga ketika mereka duduk di negeri Maghrib bahasa penduduknya adalah Barbariyah kemudian mereka melatih (disamping mereka menyebarkan Islam dan berdakwah) penduduk-penduduk negeri tersebut bahasa arab sehingga bahasa ini telah mendominasi oleh sebilangan besar negeri-negeri tersebut sama ada orang-orang Islam dan orang yang bukan Islam. Kemudian setelah itu, mereka (penduduk Khurasan) mengambil mudah dalam urusan bahasa Arab ini dan mereka kembali di dalam ucapan-ucapan mereka dalam bahasa mereka (seperti) bahasa Parsi, sehingga bahasa-bahasa asing ini yang bukan Arab menguasai mereka sehingga jadilah bahasa Arab itu ditinggalkan dikalangan kebanyakan mereka."

Dan kata Syeikhul Islam Rahimahullah:

ولا ريب أن هذا مكروه

"(Maka) tidak dapat dinafikan bahawa ini perkara adalah perkara yang tidak diinginkan (makruh)." (Iqtidha` As-Sirat Al-Mustaqim Mukholafah Ashabul Jahim, Cetakan As-Sunnah Muhammadiah-Qaherah, Tahqiq Muhammad Hamid Al-Faqi, ms. 206)

Kemudian di dalam muka surat yang lain, dalam kitab yang sama (Iqtidha` As-Sirat Al-Mustaqim) Syeikhul Islam juga telah menyatakan:

فإن نفس اللغة العربية من الدين ومعرفتها فرض واجب فإن فهم الكتاب والسنة فرض ولا يفهم إلا بفهم اللغة العربية وما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

"Sesungguhnya bahasa Arab itu sendiri merupakan agama. Mengenal dan mempelajarinya merupakan suatu kefarduan dan kewajipan. Sebab sesungguhnya memahami Al-Quran dan As-Sunnah merupakan kewajipan. Dan ia tidak dapat difahami kecuali dengan memahami bahasa Arab. Dan tidaklah sempurna (sesuatu) yang wajib itu kecuali dengannya, maka ianya itu adalah wajib." (ms. 207)

Maknanya memahami Al-Kitab dan Sunnah merupakan perkara yang wajib. Tapi kita tidak dapat memahami Al-Quran dan Sunnah kecuali kita mestilah mempelajari bahasanya (yakni Arab).

Itulah diantara beberapa pernyataan yang boleh kita petik mengenai tentang kedudukan bahasa Arab ini. Dan sesungguhnya mempelajari bahasa Arab merupakan ibadah apabila ia diiringi dengan qasad dan niat ia sebagai agama. Dan sesungguhnya ia merupakan wasilah (jalan) untuk mengenal hukum-hukum syariat yang diambil daripada Al-Kitab dan Sunnah. Dan iktiqad ini yang menyebabkan orang-orang Islam yang terawal, mereka telah menumpukan perhatian tentang perkara ini, bahkan mereka berlumba-lumba untuk menguasai ilmu itu (ertinya ilmu bahasa arab).

Seperti Al-Imam Abu Hanifah An-Nu'man bin Tsabit Rahimahullah dia merupakan Farisi bukan Arab, tetapi tidak menghalang dia untuk menjadi Imamah (kepimpinan dalam agama), maknanya dia menjadi tersohor dikalangan para ulama kerana kuat dan jitunya dia mempelajari bahasa Arab itu. Sehingga Al-Imam Asy-Syafi'i mengatakan tentang Abu Hanifah An-Nu'man ini:

الناس في الفقه عيال على أبي حنيفة


"Manusia (yang mahir) tentang fekah ini ialah keluarga ke atas Abu Hanifah -maknanya mereka ini telah diwarisi ilmu fiqh ini oleh Abu Hanifah-." (Tahzibut-Tahzib, Ibnu Hajar Al-Asqalani, bab Huruf Nun, 10/402)

Kemudian Sibawaih iaitu (nama sebenarnya) Amru bin Utsman bin Qumbur Rahimahullah dia merupakan Imam Nahu Hujjatul 'Arab, sedangkan dia Farisi (bangsa Parsi) bukan Arab. Dan juga tarikh (sejarah) Islam begitu banyak dipenuhi dengan pemimpin-pemimpin agama yang bukan Arab sehingga mereka mengalahkan orang Arab sendiri dalam khidmat mereka terhadap bahasa Arab, khidmat mereka terhadap Kitabullah, dan ilmu-ilmu yang berhubungan dengan Kitabullah.

Kemudian kita perlu juga melihat kepada sejarah yang dinyatakan dimana perkembangan bahasa Arab ini pada mulanya berkembang dengan begitu mudah dikalangan kaum muslimin dan mereka dapat menumpukannya kerana wujud daulah Islamiyah dan telah tersebar peranannya di alam Islam timur dan barat, sehingga ia menjadi bahasa resmi di segenap pelusuk negara dalam bidang-bidang kehidupan, politik, pendidikan, ekonomi, dan orang Islam dimana-mana sahaja dan apa pun jenisnya, dia dapat menguasai bahasa Arab.

Namun setelah kelemahan kerajaan daulah Islamiyah maka jadilah negara-negara Islam terpecah kepada negara-negara kecil, maka bermulalah taksub, fanatik kepada kaum sendiri, dan bahasa sendiri sehingga perkara itu terserlah ketika mana negara Perancis telah dapat menakluk kerajaan Islam di Turki, yang mana sebelum itu rakyat Turki telah menguasai bahasa Arab. Tetapi setelah penaklukan itu maka tersebarlah dikalangan kaum muslimin, bahasa-bahasa asing, bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan lainnya. Dan terdapat dikalangan kaum muslimin yang fanatik terhadap bahasa-bahasa asing itu melebihi taksub mereka terhadap bahasa Al-Quran.

Dan inilah di antara yang dapat saya sampaikan tentang kedudukan bahasa Arab itu dan sejarahnya. Telah pun kita maklumi tentang sejarah bahasa ini, diawalnya memanglah bahasa ini diambil perhatian tetapi apabila negara-negara Islam telah menyendiri ataupun dijajah oleh kuasa-kuasa asing maka bahasa Arab ini sedikit demi sedikit telah dilupakan oleh orang-orang Islam itu sendiri.

Untuk ini dahulu.


أقول قول هذا واستغفر الله لي ولكم وصلى الله على محمد وعلى آله وصحبه وسلم


Ditulis dan disunting oleh: Abu Soleh Mohd Safwan bin Mohd Rusydi
(*) Untuk mendengar sendiri ceramah beliau download di sini.

Tuesday, April 19, 2011

Tuesday, April 12, 2011

Tidak Boleh Menghukum Pelaku Dosa Dengan Kekafiran

Pengajian Kitab Akidatus Salaf Ashabul Hadis karya Abu Ismail Utsman Ismail As-Sobuni
Disampaikan oleh Ustaz Abdul Wahab Bustami
Tarikh: 20hb Mac 2011




Monday, April 11, 2011

Faedah Dari Surah Al-Fatihah (Terbaru)

Tajuk: Faedah Dari Surah Al-Fatihah
Tempat: Masjid Kampung Gentisan, Sepanggar
Disampaikan oleh: Ustaz Abdul Wahab Bustami
Tarikh: 11/4/2011 (Selepas Isyak)

Wednesday, March 9, 2011

Syarah Usul Tsalasah: Usul Yang Ketiga - Bhgn 7 (akhir) (TERBARU)

Kuliah Maghrib Nurul Aman Kampung Cenderamata dua, Likas.
Tarikh: 9 Mac 2011 (Rabu)
Oleh: Ustaz Abdul Wahhab Bustami


Iman ialah Ucapan dan Amalan, Boleh Bertambah & Berkurangan


Pengajian Kitab Akidatus Salaf Ashabul Hadis karya Abu Ismail Utsman Ismail As-Sobuni
Disampaikan oleh Ustaz Abdul Wahab Bustami
Tarikh: 6hb Mac 2011

Syarah Usul Tsalasah: Usul Yang Ketiga - Bhgn 6

Kuliah Maghrib Nurul Aman Kampung Cenderamata dua, Likas.
Tarikh: 3 Mac 2011 (Rabu)
Oleh: Ustaz Abdul Wahhab Bustami






Hisab, Rukyah, Syurga dan Neraka


Pengajian Kitab Akidatus Salaf Ashabul Hadis karya Abu Ismail Utsman Ismail As-Sobuni
Disampaikan oleh Ustaz Abdul Wahab Bustami
Tarikh: 20 Feb 2011 (Ahad)

Syarah Usul Tsalasah: Usul Yang Ketiga - Bhgn 5

Kuliah Maghrib Nurul Aman Kampung Cenderamata dua, Likas.
Tarikh: 23 Februari 2011 (Rabu)
Oleh: Ustaz Abdul Wahhab Bustami





Friday, March 4, 2011

Monday, February 14, 2011

Syafaat, Haudh dan Kautsar


Pengajian Kitab Akidatus Salaf Ashabul Hadis karya Abu Ismail Utsman Ismail As-Sobuni
Disampaikan oleh Ustaz Abdul Wahab Bustami
13hb Febuari 2011


Friday, February 11, 2011

Wednesday, February 2, 2011

Syarah Usul Tsalasah: Usul Yang Ketiga - Bhgn 2 (TERBARU)

Kuliah Maghrib di Masjid Kampung Cenderamata dua, Likas. 
Tarikh: 2 Februari 2011 (Rabu)
Oleh: Ustaz Abdul Wahhab Bustami




Intisari:
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab rahimahullah berkata: "Pengertian: "Sampaikanlah peringatan", ialah menyampaikan peringatan menjauhi syirik dan mengajak kepada Tauhid. "Agungkanlah Tuhanmu", agungkanlah Allah dengan berserah diri dan beribadah kepadaNya semata-mata. "Sucikanlah pakaianmu", maksudnya; Sucikanlah segala amalanmu dari perbuatan syirik. "Tinggalkanlah berhala-berhala itu", ertinya: Jauhkan dan bebaskan dirimu darinya serta orang-orang yang memujanya. Baginda melaksanakan perintah ini dengan tekun dan gigih selama 10 tahun, mengajak kepada tauhid. Setelah 10 tahun itu baginda di angkat  naik (di-mi'rajkan) ke atas langit dan disyariatkan kepada baginda solat lima waktu. Baginda melakukan solat di Mekah selama 3 tahun. Kemudian setelah itu, baginda diperintahkan untuk berhijrah ke Madinah."  

Monday, January 31, 2011

Para Sahabat Menurut Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah


Tajuk Buku: Para Sahabat Menurut Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Penulis: Dr. Muhammad bin Abdullah Al-Wahibiy
Penterjemah: Ustaz Abdul Wahab bin Bustami Al-Banjari
Editor: Ismail Faruqi Bahaman

Sinopsis:

Rasulullah saw ada menyatakan satu kelompak yang selamat dari tujuh puluh tiga kelompok di kalangan kaum muslimin ynag sesat dan diancam api neraka. Baginda saw bersabda: "Iaitu (golongan) yang berpegang pada apa yang aku bawa hari ini dan apa yang ada pada para sahabatku"

Ibnu Katsir rahimahullah berkata: "Semua sahabat adalah adil menurut Ahli sunnah Wal Jamaah kerana Allah swt telah memuji perilaku dan akhlak mereka. Mereka telah mengorbankan harta dan jiwa raga mereka di hadapan Rasulullah saw dan mereka hanya mengharap pahala yang baik dari Allah".

Buku kecil ini akan menjelaskan kepada kita berapa mulianya keduudkan para sahabat r.a dan sikap yang semestinya diambil oleh kita semua, selaku orang-orang yang menisbatkan diri kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap mereka.

Klik di sini untuk membeli secara online.

Sunday, January 30, 2011

Wednesday, January 19, 2011

Syarah Usul Tsalasah: Usul Yang Ketiga - Bhgn 1

Kuliah Maghrib di Masjid Kampung Cenderamata dua, Likas. 
Tarikh: 19 Januari 2011 (Rabu)
Oleh: Ustaz Abdul Wahhab Bustami






Intisari:
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab rahimahullah berkata: "Landasan usul yang ketiga, mengenal Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. Baginda adalah Muhammad bin 'Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim. Hasyim adalah termasuk suku Quraisy, suku Quraisy termasuk bangsa Arab, sedangkan bangsa Arab adalah termasuk keturunan Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim Al-Khalil. Semoga Allah melimpahkan kepadanya dan kepada Nabi kita selawat dan salam. 

Baginda berumur 63 tahun, diantaranya 40 tahun sebelum baginda menjadi nabi dan 23 tahun sebagai nabi dan rasul. Baginda diangkat sebagai nabi dengan "Iqra" yakni surah Al-'Alaq: 1-5 dan diangkat menjadi rasul dengan surah Al-Muddassir. Tempat asal baginda adalah Mekah dan berhijrah ke Madinah. Baginda diutus oleh Allah untuk menyampaikan peringatan menjauhi syirik dan mengajak kepada Tauhid. Dalilnya firman Allah Ta'ala: (maksudnya) "Wahai orang yang berselimut. Bangunlah, lalu sampaikanlah peringatan dan ancaman. Dan Tuhanmu maka besarkanlah (agungkanlah). Sucikanlah pakaianmu (yakni dari kesyirikan). Tinggalkanlah berhala-berhala itu. Dan janganlah kamu memberi, sedang kamu menginginkan balasan yang lebih banyak. Serta bersabarlah untuk memenuhi perintah Tuhanmu."... (rujuk usul salasah karya Muhammad bin Abdul Wahab rahimahullah)

Sunday, January 16, 2011

Kepentingan Mempelajari Ilmu Syar'i

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju ke syurga." (HR. Bukhari dan Muslim)



Kuliah disampaikan di Kg. Likas oleh Ustaz Abdul Wahab Bustami. 
Tarikh: 16 Januari 2011 (Ahad)

Tauhid Al-Asma' Was-Sifat

Download:

Thursday, January 13, 2011

Penjelasan berkenaan Al-Jama'ah

Ibnu Mas'ud berkata:

"Al-Jama'ah ialah orang yang menyesuaikan diri dengan kebenaran walaupun engkau seorang diri." (Abu Syamah, Al-Hawasits wal Bida', hal 22, Abu Syamah menyebutkan bahawa perkataan ini juga diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dalam Al-Madkhal)

Dalam lafaz lain disebutkan:

"Sesungguhnya al-Jama'ah ialah mentaati Allah walaupun engkau seorang diri." (Al-Lalaka'i, Syarhus Sunnah, 1/108-109)

Download:

Adab-Adab Menuntut Ilmu

Imam Malik rahimahullah pernah berkata kepada seorang pemuda dari kalangan masyarakat Quraisy (keturunan Qurasy); “Wahai anak saudaraku, pelajarilah adab tersebut sebelum kamu memulai belajar ilmu” Adab menuntut ilmu merupakan hajat yang bersangatan (penting sekali).


Download: